Saturday, December 12, 2009

Wednesday, December 9, 2009

Raya Haji 2009



Selamat Datang


Assalamualaikum

1. Laman ini disediakan untuk menjejaki keturunan Baboo yang terdapat di seluruh pelusuk dunia.

2. Tok Baboo adalah seorang keturunan Pakistan Timur (Bangladesh). Bapanya bernama Rejun dan tinggal di sebuah perkampungan kira-kira 30 km daripada bandar Chittagong (?)

3. Tok Baboo datang seorang diri ke Tanah Melayu sebelum perang Dunia ke 2 dengan menumpang sebuah tongkang kepunyaan seorang Cina dan mendarat di Melaka.

4. Di Melaka beliau tinggal selama beberapa bulan di Tengkera sebelum berhijrah ke Pulau Pinang untuk menjejaki bapa saudara dan sepupunya yang datang terlebih awal.

5. Beliau menjalankan perniagaan dan mengusahakan sawah padi di Pulau Pinang.

6. Tok Babu berkahwin dengan Zebra bt Mohd Ali (juga dari Pakistan Timur)

7. Hasil dari perkahwinan ini ... keturunan beliau terus berkembang melalui perkahwinan dengan penduduk tempatan yang terdiri daripada keturunan Melayu, Arab dan Patani (Siam).

8. Keturunan ini terlibat sama dalam memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu melalui penentangan terhadap Jepun, komunis dan British.

9. Penulis bloger memerlukan komen dan maklumat dari anda berhubung dengan salahsilah keluarga ini ... dengan tujuan hanya satu iaitu untuk merapatkan kembali pertalian silatulrahim sesama insan dan bukanlah bertujuan untuk membangga diri.

10. Maklumat dari anda amatlah diperlukan dan dialu-alukan terutama dari mereka yang mempunyai maklumat berhubung keturunan ini. maklumat ini bolehlah disalurkan melalui komen anda dalam blog ini atau emelkan ke alamat berikut:

baboosoleh@gmail.com

11. Salurkan maklumat anda dalam bentuk penulisan, video, gambar dan sebagainya.

Kami menanti sumbangan anda.

...